Proton lancar pusat 3s e.Mas Segambut
Proton Lancar Pusat 3S e.MAS Segambut, Kuala Lumpur KUALA LUMPUR, 5 Januari 2025 - Proton hari ini mencatat sejarah baharu dengan pelancaran pusat sehenti pertama mereka di ibu negara, Proton e.MAS Segambut KL. Pusat ini menawarkan perkhidmatan 3S (jualan, perkhidmatan, alat ganti) untuk semua model kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan elektrik (EV) di bawah satu bumbung. Majlis perasmian ini dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings, En. Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Penjenamaan Pro-NET, Puan Salawati, serta wakil media, rakan niaga, dan pelanggan setia Proton. Era Baharu Automotif Negara Pada majlis ini juga, Proton memperkenalkan Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nasional pertama yang diedarkan secara eksklusif oleh Proton New Energy Technology (Pro-NET). Model ini melambangkan komitmen Proton untuk menerajui transformasi ke arah teknologi hijau dan mobiliti pintar di Malaysia. Menurut wakil Cahaya Technology Sdn Bhd, salah sat...