Zaid Ibrahim: Bank Bumiputera & 1MDB Dihancurkan Elit Tamak, Bukan Rakyat Melayu
Zaid Ibrahim: Bank Bumiputera & 1MDB Dihancurkan Elit Tamak, Bukan Rakyat Melayu KUALA LUMPUR — Datuk Zaid Ibrahim membidas naratif lama yang meletakkan kegagalan institusi ekonomi negara sebagai kelemahan orang Melayu, sambil menegaskan bahawa sejarah sebenar menunjukkan pengkhianatan elit dan kerakusan korporat sebagai punca kehancuran Bank Bumiputera dan skandal 1MDB. Menurut bekas Menteri Undang-Undang itu, Bank Bumiputera bukan projek perkauman sempit, sebaliknya lahir daripada konsensus nasional apabila semua kaum menyedari keperluan menyediakan modal kepada orang Melayu yang ketinggalan dalam ekonomi pasca kemerdekaan. “Bank Bumiputera diwujudkan kerana semua kaum faham orang Melayu perlu modal. Tetapi akhirnya institusi ini dihancurkan, bukan oleh peminjam kecil Melayu, tetapi oleh perompak berdasi,” katanya. Zaid secara terbuka menamakan George Tan Soon-gin, pengasas Carrian Group, sebagai antara tokoh utama yang terlibat dalam Skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) — sk...