Catatan

KRISIS PN: IBRAHIM ALI SERU HENTI PERPECAHAN, UTAMAKAN UMMAH

Imej
  KRISIS PN: IBRAHIM ALI SERU HENTI PERPECAHAN, UTAMAKAN UMMAH KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali, menyeru semua pihak agar menghentikan perpecahan politik susulan keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Beliau berkata, krisis yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) amat mendukacitakan dan tidak dijangka, lebih-lebih lagi ketika umat Melayu dan Islam berdepan pelbagai cabaran besar. Menurutnya, PUTRA mengambil pendirian tidak mahu mengulas secara terperinci bagi mengelakkan sebarang tafsiran yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. “Kita tidak mahu menjadi batu api atau dilihat sebagai hero di atas runtuhan persaudaraan ummah. Tiada makna kemenangan jika ia dibina atas perpecahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Ibrahim Ali menegaskan, PUTRA menghormati kedua-dua parti terbabit dan tidak memihak kepada mana-mana individu, sebaliknya kekal berpegang...

Kenyataan Facebook Syafiq Halim Sentuh Potensi Krisis Perlembagaan di Negeri Sembilan

Imej
Kenyataan Facebook Syafiq Halim Sentuh Potensi Krisis Perlembagaan di Negeri Sembilan KUALA LUMPUR, 28 April — Mohamad Shafiq Abdul Halim menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya krisis perlembagaan di Negeri Sembilan susulan perkembangan politik semasa di negeri itu. Menurut beliau, penarikan sokongan oleh 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun, telah menimbulkan persoalan terhadap keabsahan kedudukan jawatan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan peruntukan perlembagaan negeri, terdapat dua pilihan utama dalam situasi berkenaan, iaitu Menteri Besar meletakkan jawatan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Tuanku Mukhriz. Namun begitu, beliau turut menegaskan bahawa keadaan menjadi lebih rumit apabila kedudukan Tuanku Mukhriz sendiri dilaporkan dipertikaikan oleh Dato’-Dato’ Undang Yang Empat, yang dikatakan telah menyatakan pendirian untuk menu...

Majlis Penutup Syawal & Kesyukuran Eratkan Hubungan NGO dan Komuniti Wangsa Maju

Imej
Majlis Penutup Syawal & Kesyukuran Eratkan Hubungan NGO dan Komuniti Wangsa Maju KUALA LUMPUR, 28 April 2026 — Kira-kira 200 hadirin memeriahkan Majlis Penutup Syawal & Kesyukuran anjuran Kelab Tanjak Chendana bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah berlangsung pada 26 April lalu di Disenar Space 2, Wangsa Maju, di sini. Program tersebut diadakan bagi memperkukuh hubungan silaturrahim antara NGO dan komuniti setempat, khususnya penduduk Wangsa Maju Seksyen 2, selain menjadi platform mempererat kerjasama dalam aktiviti kemasyarakatan. Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Ir. Ts. Zahir Hasan, yang menyatakan sokongan terhadap usaha menghubungkan NGO dengan masyarakat setempat melalui program berbentuk kebajikan dan komuniti. Penganjuran majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kelab Tanjak Chendana yang aktif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), dengan sebanyak 10 program telah dianjurkan sepanjang...

PELANTIKAN KP SPRM BAHARU, JANGAN SEKADAR TUKAR ORANG, TUKAR SISTEM DAN LETAKKAN SPRM DI BAWAH PARLIMEN

Imej
PELANTIKAN KP SPRM BAHARU, JANGAN SEKADAR TUKAR ORANG, TUKAR SISTEM DAN LETAKKAN SPRM DI BAWAH PARLIMEN Saya mengambil maklum pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Namun rakyat mesti faham, isu pokok hari ini bukan sekadar siapa duduk di kerusi Ketua Pesuruhjaya SPRM. Isu pokok ialah sama ada SPRM benar-benar bebas atau masih berada dalam bayang-bayang kuasa politik. 2. Bagi PUTRA, pelantikan orang baharu tidak cukup jika sistem lama masih dikekalkan. Jangan hanya tukar nama di pintu pejabat, tetapi struktur kuasa masih sama. Jangan hanya tukar kepala, tetapi badan institusi masih terikat dengan kuasa Perdana Menteri. 3. SPRM mesti diletakkan di bawah Parlimen, bukan kekal berada di bawah pengaruh Jabatan Perdana Menteri atau PMO. Inilah janji reformasi yang pernah dilaungkan oleh Pakatan Harapan dahulu. Mereka bercakap tentang institusi bebas, semak imbang, ketelusan dan kuasa Perdana Menteri yang tidak b...

PERKASA Persoal Kutipan Cukai Rekod, Dakwa Kebajikan Rakyat Terabai

Imej
PERKASA Persoal Kutipan Cukai Rekod, Dakwa Kebajikan Rakyat Terabai KUALA LUMPUR, 26 April 2026 — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mempersoalkan keutamaan kerajaan susulan pengumuman kutipan cukai negara yang mencecah RM203.9 bilion, iaitu angka tertinggi dalam sejarah, ketika rakyat didakwa terus berdepan tekanan kos sara hidup. Naib Presidennya, Irwan Fahmi Ideris, dalam satu kenyataan media berkata situasi tersebut menimbulkan ironi apabila peningkatan hasil negara tidak diterjemahkan kepada pengukuhan kebajikan rakyat, sebaliknya disusuli pelarasan tarif utiliti dan kemungkinan pengurangan subsidi. Menurut beliau, peningkatan hasil sebanyak 10.38 peratus sepatutnya memberi ruang kepada kerajaan untuk memperkukuh perlindungan sosial, namun rakyat masih dihimpit dengan kenaikan tarif elektrik, harga air serta kebimbangan terhadap penarikan subsidi petrol. PERKASA turut mempersoalkan pelaksanaan sistem percukaian yang disifatkan sebagai tidak benar-benar adil, apabila gol...

T-Fight All Star 2026 Gegar Kuala Lumpur

Imej
  T-Fight All Star 2026 Gegar Kuala Lumpur KUALA LUMPUR, 23 April — Arena sukan tempur tanah air bakal menyaksikan satu lagi acara berprestij menerusi penganjuran T-Fight All Star 2026 yang dijadual berlangsung pada Jumaat, 24 April ini di . Kejohanan tersebut akan menghimpunkan barisan atlet tempur berbakat dari pelbagai kelab dan latar belakang bagi mempamerkan kemahiran, disiplin serta semangat kesukanan dalam suasana kompetitif dan profesional. Tumpuan utama pastinya terarah kepada kehadiran legenda Muay Thai dunia, , yang bakal membuat penampilan sulung di Malaysia. Beliau dijadualkan beraksi dalam perlawanan utama (main event) kategori 70 kilogram, sekali gus mencipta detik bersejarah buat peminat sukan tempur tempatan. Secara keseluruhan, kejohanan ini akan menampilkan tujuh perlawanan melibatkan atlet dari beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai acara Muay Thai bertaraf antara...

LUHAM Gesa Tafsiran Berhati-hati Isu Hasutan, Pertahan Kepastian Undang-Undang

Imej
  LUHAM Gesa Tafsiran Berhati-hati Isu Hasutan, Pertahan Kepastian Undang-Undang KUALA LUMPUR, 22 April — menggesa pihak berkuasa mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam mentafsir dan melaksanakan undang-undang berkaitan hasutan, khususnya dalam konteks penggunaan media sosial. Pengerusinya, berkata, kenyataan media bertarikh 17 April lalu berhubung kemungkinan tindakan di bawah perlu dilihat dalam kerangka perlembagaan dan tafsiran kehakiman yang sedia ada. Menurut beliau, Perkara 10(1)(a) menjamin kebebasan bercakap dan bersuara, namun tertakluk kepada sekatan yang dibenarkan Parlimen di bawah Perkara 10(2). Beliau merujuk keputusan yang menegaskan sekatan terhadap hak tersebut mesti mempunyai asas rasional dan tidak sewenang-wenangnya. Selain itu, kes turut mengesahkan kesahihan Akta Hasutan, namun tafsirannya tidak boleh diperluaskan tanpa had. LUHAM turut mengingatkan bahawa pindaan pada 2015 terhadap Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan telah menggugurkan frasa “te...