T-Fight All Star 2026 Gegar Kuala Lumpur
T-Fight All Star 2026 Gegar Kuala Lumpur
Kejohanan tersebut akan menghimpunkan barisan atlet tempur berbakat dari pelbagai kelab dan latar belakang bagi mempamerkan kemahiran, disiplin serta semangat kesukanan dalam suasana kompetitif dan profesional.
Tumpuan utama pastinya terarah kepada kehadiran legenda Muay Thai dunia, , yang bakal membuat penampilan sulung di Malaysia. Beliau dijadualkan beraksi dalam perlawanan utama (main event) kategori 70 kilogram, sekali gus mencipta detik bersejarah buat peminat sukan tempur tempatan.
Secara keseluruhan, kejohanan ini akan menampilkan tujuh perlawanan melibatkan atlet dari beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai acara Muay Thai bertaraf antarabangsa.
Dalam perlawanan utama, Buakaw dijangka berdepan petarung dari Beijing, , dalam pertembungan epik Thailand menentang China yang diramal berlangsung sengit. Atlet berusia 28 tahun itu memiliki rekod profesional 45 perlawanan dengan 33 kemenangan, termasuk sembilan kemenangan knockout (KO), serta pernah merangkul beberapa kejuaraan antarabangsa.
Pertembungan dua kuasa besar sukan tempur Asia ini dijangka menjadi tarikan utama, selain memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan aksi bertaraf dunia secara langsung di Malaysia.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi urusetia media penganjur.


Ulasan
Catat Ulasan