Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2026

KRISIS PN: IBRAHIM ALI SERU HENTI PERPECAHAN, UTAMAKAN UMMAH

Imej
  KRISIS PN: IBRAHIM ALI SERU HENTI PERPECAHAN, UTAMAKAN UMMAH KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali, menyeru semua pihak agar menghentikan perpecahan politik susulan keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Beliau berkata, krisis yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) amat mendukacitakan dan tidak dijangka, lebih-lebih lagi ketika umat Melayu dan Islam berdepan pelbagai cabaran besar. Menurutnya, PUTRA mengambil pendirian tidak mahu mengulas secara terperinci bagi mengelakkan sebarang tafsiran yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. “Kita tidak mahu menjadi batu api atau dilihat sebagai hero di atas runtuhan persaudaraan ummah. Tiada makna kemenangan jika ia dibina atas perpecahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Ibrahim Ali menegaskan, PUTRA menghormati kedua-dua parti terbabit dan tidak memihak kepada mana-mana individu, sebaliknya kekal berpegang...