Himpunan Bantah Harga Diesel Diadakan 5 April Depan – Ibrahim Ali
Himpunan Bantah Harga Diesel Diadakan 5 April Depan – Ibrahim Ali Himpunan Bantah Harga Diesel Diadakan 5 April Depan – Ibrahim Ali KUALA LUMPUR, 31 Mac – Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali menyeru rakyat Malaysia untuk menyertai satu himpunan bantahan terhadap kenaikan harga bahan api yang dijadualkan berlangsung pada 5 April ini di ibu negara. Menurut beliau, perhimpunan tersebut akan diadakan pada jam 3 petang di hadapan Kompleks Sogo, dan dijangka menghimpunkan pelbagai tokoh bagi menyuarakan pandangan serta luahan berhubung isu kenaikan harga petrol dan diesel. Beliau mendakwa kenaikan harga bahan api ketika ini berada pada tahap yang tinggi dan membebankan rakyat, malah menyifatkan harga di negara ini lebih mahal berbanding negara lain yang tidak mempunyai sumber minyak. Dalam kenyataannya, Ibrahim turut menggesa orang ramai untuk turun beramai-ramai sebagai tanda solidariti dan usaha mempertahankan kepentingan rakyat. Selain itu, beliau turut membandingkan situasi semasa dengan ke...