Sokong ketegasan kerajaan hentikan E Hailing luar: MyCar sokong, minta utamakan aplikasi tempatan
Sokong ketegasan kerajaan hentikan E Hailing luar: MyCar sokong, minta utamakan aplikasi tempatan KUALA LUMPUR, 1 Julai 2025 – Syarikat e-hailing tempatan MyCar tampil dengan rayuan terbuka kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar memberi sokongan penuh kepada platform tempatan, susulan pengumuman penamatan operasi dua syarikat e-hailing luar negara yang bakal berkuat kuasa pada 24 Julai ini. Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena berkata sudah tiba masanya kerajaan memberi keutamaan kepada aplikasi tempatan yang dimiliki dan diusahakan oleh rakyat Malaysia sendiri. “Kami bukan pendatang baru dalam industri ini. MyCar telah wujud sejak 2018 dan merupakan satu-satunya syarikat e-hailing milik rakyat Malaysia sepenuhnya. Kami patuh kepada semua garis panduan – PSB, EVP, cukai, dan kebajikan pemandu,” tegasnya. Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila syarikat luar diberi peluang berulang kali meskipun sering melanggar peraturan, manakala MyCar belum pernah menerim...