Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

KPF Makin Kukuh: Pelan Rasionalisasi Buahkan Hasil, RM319 Juta Sudah Dibayar kepada Anggota

  KPF Makin Kukuh: Pelan Rasionalisasi Buahkan Hasil, RM319 Juta Sudah Dibayar kepada Anggota KUALA LUMPUR – 16 Mei 2025: Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) kini berada di landasan kukuh apabila berjaya mencatat prestasi kewangan yang semakin memberangsangkan hasil pelaksanaan pelan rasionalisasi secara berperingkat. Pengerusi KPF, Dato’ Mohd Banuri Aris berkata, usaha menyeluruh yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu telah membuahkan hasil, dengan matlamat utama untuk memulihkan keyakinan anggota serta memperkukuh kedudukan kewangan koperasi. “Kami optimis bahawa pendekatan rasionalisasi yang dirangka secara berperingkat serta pemerkasaan struktur pentadbiran dalaman telah membina semula asas kewangan yang kukuh bagi KPF,” katanya dalam sidang media khas, hari ini. Pelan Rasionalisasi Aset Fokus Pulangan Mampan Pelan Rasionalisasi Aset Pelaburan KPF melibatkan tiga langkah utama iaitu penjualan aset perladangan tertentu menjelang suku keempat 2025, pe...

Datuk Dr. Kalaivanar Terjah Bukit Bintang

Datuk Dr. Kalaivanar Terjah Bukit Bintang: “Warga Asing Kini Maharaja Gila di Tengah Ibu Kota” Kuala Lumpur, 12 Mei 2025 – Suasana malam di Bukit Bintang yang selalunya meriah bertukar menjadi tumpuan luar biasa apabila tokoh masyarakat dan aktivis sosial, Datuk Dr. Kalaivanar , turun padang bersama pasukannya bagi meninjau sendiri fenomena lambakan warga asing yang dikatakan semakin tidak terkawal di kawasan segitiga emas ibu kota. Tepat jam 7 malam, dalam satu rakaman lantang dan tegas, Datuk Dr. Kalaivanar menyatakan kekesalannya terhadap situasi semasa di mana warga asing dilihat menguasai sektor pekerjaan dan perniagaan yang seharusnya menjadi hak rakyat Malaysia. “Tidak ada satu negara pun di dunia ini yang membenarkan warga asing ‘bermaharaja gila’. Tapi di sini, mereka bukan sahaja bersaing dengan rakyat kita, malah menguasai perniagaan, membuka kedai runcit, menjual makanan, menghias kuku – siapa dalang di sebalik ini semua?” soal beliau. Dr. Kalaivanar turut memperso...