Datuk Dr. Kalaivanar Terjah Bukit Bintang



Datuk Dr. Kalaivanar Terjah Bukit Bintang: “Warga Asing Kini Maharaja Gila di Tengah Ibu Kota”

Kuala Lumpur, 12 Mei 2025 – Suasana malam di Bukit Bintang yang selalunya meriah bertukar menjadi tumpuan luar biasa apabila tokoh masyarakat dan aktivis sosial, Datuk Dr. Kalaivanar, turun padang bersama pasukannya bagi meninjau sendiri fenomena lambakan warga asing yang dikatakan semakin tidak terkawal di kawasan segitiga emas ibu kota.

Tepat jam 7 malam, dalam satu rakaman lantang dan tegas, Datuk Dr. Kalaivanar menyatakan kekesalannya terhadap situasi semasa di mana warga asing dilihat menguasai sektor pekerjaan dan perniagaan yang seharusnya menjadi hak rakyat Malaysia.

“Tidak ada satu negara pun di dunia ini yang membenarkan warga asing ‘bermaharaja gila’. Tapi di sini, mereka bukan sahaja bersaing dengan rakyat kita, malah menguasai perniagaan, membuka kedai runcit, menjual makanan, menghias kuku – siapa dalang di sebalik ini semua?” soal beliau.

Dr. Kalaivanar turut mempersoalkan kelonggaran penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan serta menyeru Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, agar segera bertindak tegas. Beliau menggesa supaya permit warga asing dikaji semula dan langkah drastik diambil bagi mengelakkan peluang pekerjaan serta perniagaan rakyat tempatan terus terhakis.

Dalam tinjauan tersebut, beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing yang didakwa bertopengkan khidmat kecantikan, tetapi berpotensi terlibat dengan kegiatan lain yang mencurigakan.

“Kita bukan anti-warga asing. Kita NGO yang menyokong mereka bekerja secara sah, tapi janganlah sampai menguasai ekonomi mikro tempatan,” tambah beliau.

Kehadiran ramai wanita asing di lokasi turut dibangkitkan, terutamanya dari negara seperti Vietnam dan etnik Rohingya. “Apa pekerjaan sebenar mereka? Adakah benar-benar menghias kuku atau ada aktiviti tersembunyi di sebaliknya?” tanya beliau sambil menggesa siasatan lanjut dijalankan.

Dr. Kalaivanar juga menyentuh isu ketidakadilan terhadap peniaga tempatan yang sering dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, sedangkan warga asing terus bebas berniaga tanpa gangguan. “Kedai warga tempatan disaman, dikatakan kotor, tetapi kedai warga asing terus beroperasi. Di mana keadilannya?” katanya.

Tegasnya, jika isu ini tidak ditangani segera, rakyat Malaysia akan terus kehilangan peluang dan ruang dalam tanah air sendiri.


  • #TerjahBukitBintang
  • #MaharajaGilaKL
  • #DrKalaivanarBersuara
  • #PertahanRakyatMalaysia
  • #WargaAsingBerleluasa


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Malaysia Tanpa Rekod: Dua Tentera Asing Ditahan di KLIA

SIA, GENOVASI meterai MoU lahirkan usahawan berilmu melalui pembelajaran dalam talian

Glow & Grow Duo Jadi Taruhan Kinohimitsu Untuk Keyakinan Diri Musim Perayaan