Tuisyen Percuma Kuil Subang Estet Lonjak Prestasi, 45 Pelajar Terima Manfaat

Tuisyen Percuma Kuil Subang Estet Lonjak Prestasi, 45 Pelajar Terima Manfaat


SUBANG ESTET, 1Mac2026 – Kuil Sri Maha Mariamman terus memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan komuniti apabila kelas tuisyen percuma anjurannya kini memberi manfaat kepada 45 pelajar Tingkatan 4 dan 5 daripada keluarga B40.

Pengerusi kuil, Encik Murthi, berkata program yang bermula pada 2023 dengan hanya 15 pelajar itu menunjukkan peningkatan konsisten setiap tahun hasil tajaan berterusan Encik Ganesan dan isteri.

Kelas melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, dan diadakan setiap hujung minggu mengikut jadual giliran guru.


Datuk P. Gunaseelan memaklumkan prestasi pelajar semakin meningkat, termasuk pencapaian 5A dalam kalangan peserta sebelum ini, manakala keputusan tahun lalu masih menunggu pengumuman rasmi.

Sementara itu, tenaga pengajar, Encik Arvind, berkata sokongan penuh pihak kuil dan penaja memudahkan proses pembelajaran, termasuk penyediaan kemudahan yang selesa. Menurutnya, komitmen guru yang hadir secara berkala membantu memastikan pelajar terus fokus dan berusaha meningkatkan pencapaian akademik.

Inisiatif itu dilihat sebagai bukti kerjasama kukuh antara pengurusan kuil, penaja dan guru sukarelawan dalam memperkasa masa depan anak-anak komuniti setempat.


En Ganesan



Antara barisan pengajar: En. Arvind dan 
rakan- rakan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Malaysia Tanpa Rekod: Dua Tentera Asing Ditahan di KLIA

SIA, GENOVASI meterai MoU lahirkan usahawan berilmu melalui pembelajaran dalam talian

Glow & Grow Duo Jadi Taruhan Kinohimitsu Untuk Keyakinan Diri Musim Perayaan