LUHAM Gesa Tafsiran Berhati-hati Isu Hasutan, Pertahan Kepastian Undang-Undang
LUHAM Gesa Tafsiran Berhati-hati Isu Hasutan, Pertahan Kepastian Undang-Undang
KUALA LUMPUR, 22 April — menggesa pihak berkuasa mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam mentafsir dan melaksanakan undang-undang berkaitan hasutan, khususnya dalam konteks penggunaan media sosial.
Pengerusinya, berkata, kenyataan media bertarikh 17 April lalu berhubung kemungkinan tindakan di bawah perlu dilihat dalam kerangka perlembagaan dan tafsiran kehakiman yang sedia ada.
Menurut beliau, Perkara 10(1)(a) menjamin kebebasan bercakap dan bersuara, namun tertakluk kepada sekatan yang dibenarkan Parlimen di bawah Perkara 10(2).
Beliau merujuk keputusan yang menegaskan sekatan terhadap hak tersebut mesti mempunyai asas rasional dan tidak sewenang-wenangnya. Selain itu, kes turut mengesahkan kesahihan Akta Hasutan, namun tafsirannya tidak boleh diperluaskan tanpa had.
LUHAM turut mengingatkan bahawa pindaan pada 2015 terhadap Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan telah menggugurkan frasa “terhadap Kerajaan”, sekali gus menuntut penelitian lebih cermat dalam penggunaan istilah seperti “kecenderungan menghasut”.
Sehubungan itu, badan tersebut berpandangan bahawa agensi penguatkuasaan tidak wajar membuat kenyataan umum yang boleh menimbulkan persepsi bahawa perbincangan dasar kerajaan bersifat provokatif dan terdedah kepada tindakan undang-undang. Penggunaan istilah yang tidak mempunyai definisi statutori jelas juga, katanya, boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Dalam masa sama, LUHAM menekankan keperluan mengekalkan keseimbangan antara ketenteraman awam dan kebebasan bersuara dengan berpaksikan kepada teks undang-undang serta tafsiran mahkamah, bukan melalui peluasan makna secara umum.
Mengulas lanjut, LUHAM turut menarik perhatian bahawa Akta Hasutan telah lama menjadi subjek perbahasan dasar, termasuk komitmen terdahulu kerajaan untuk menilai semula akta tersebut dalam agenda reformasi undang-undang.
Justeru, pihaknya menggesa kerajaan memperjelaskan pendirian semasa berhubung reformasi akta berkenaan, selain memastikan setiap kenyataan rasmi berkaitan penguatkuasaan dibuat dengan teliti dan selaras prinsip undang-undang.
“Kepastian undang-undang adalah elemen penting dalam memastikan keyakinan awam terhadap institusi negara terus terpelihara,” katanya.

Ulasan
Catat Ulasan