Dividen ASB 2025 Diumumkan 5.75 Sen Seunit, Tertinggi Sejak Penubuhan




KUALA LUMPUR – Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 sebanyak 5.75 sen seunit, sekali gus mengatasi penanda aras kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang merekodkan kadar purata 2.29 peratus.


Maklumat yang dikongsikan menerusi laman X ASB memaklumkan, jumlah keseluruhan agihan mencecah RM10.4 bilion dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 11.4 juta pemegang unit, menjadikannya pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB.



Dengan pengumuman terbaharu ini, jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB kini mencecah RM206.7 bilion.

Pengagihan pendapatan berkenaan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026, dan semakan boleh dibuat menerusi aplikasi myASNB mulai jam 12 tengah malam pada hari yang sama.

Dalam pada itu, ASB turut memaklumkan bahawa semua transaksi di semua saluran akan ditangguhkan sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025, sebelum dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB dan 2 Januari 2026 di cawangan serta ejen ASNB.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Malaysia Tanpa Rekod: Dua Tentera Asing Ditahan di KLIA

SIA, GENOVASI meterai MoU lahirkan usahawan berilmu melalui pembelajaran dalam talian

Glow & Grow Duo Jadi Taruhan Kinohimitsu Untuk Keyakinan Diri Musim Perayaan