Pendedahan Mengejut: Pastor Wanita Didakwa Aniaya Wanita Muda — Bahana Kesetiaan Negara Tuntut Keadilan

Kuala Lumpur, 6 Disember 2025 —

Satu pendedahan mengejut dibuat oleh Datuk Dr. Kalaivanar dari Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, melibatkan dakwaan salah laku serius membabitkan seorang pastor wanita berusia lingkungan 60-an terhadap seorang wanita muda yang kini berumur 29 tahun.

Mangsa, yang ditemu bual dalam satu rakaman kenyataan, mendedahkan bahawa beliau hidup dalam tekanan selama tujuh tahun, mendakwa dipaksa melakukan perbuatan tidak bermoral oleh pastor terbabit ketika beliau berusia 21 tahun.

“Saya sentiasa takut… dia kata kalau saya tidak ikut, dia akan bunuh diri… kadang-kadang dia juga minta saya mati,” dakwa mangsa sambil menangis.

“Saya tak sangka seorang wanita, seorang padri, boleh gunakan kata-kata lucah dan kasar seperti itu.”

Mangsa turut mendakwa pastor tersebut sering berpura-pura “wanita suci” di sekolah dan gereja, tetapi sebaliknya bertindak kasar, memaksa hubungan intim termasuk perbuatan oral serta sentuhan tidak sepatutnya.


LAPORAN POLIS DAKWAAN PERTAMA & KEDUA

Menurut Datuk Dr. Kalaivanar, satu laporan polis berhubung insiden pertama telah dibuat pada 20 September 2025. Mangsa juga didakwa pernah mengalami kecederaan fizikal, namun malu untuk mendedahkan kepada keluarga pada waktu kejadian.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, laporan tersebut diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action).

Insiden kedua didakwa berlaku pada 14 November 2025, di mana mangsa mendakwa dipukul selepas menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim. Laporan polis kali ini telah menerima tindakan dan kes sedang dalam proses siasatan lanjut.

MOTIF KETAKUTAN & MANIPULASI

Mangsa mendakwa pastor tersebut selalu menggunakan ugutan emosi, termasuk ancaman untuk membunuh diri jika kehendaknya tidak dipenuhi.

 “Dia selalu kata saya macam anak dia… tapi di belakang, dia buat lain.”

Mangsa juga mendakwa pastor berkenaan mempunyai teman wanita lain.


TINDAKAN SEKRETARIAT BAHANA KESETIAAN NEGARA

Datuk Dr. Kalaivanar menegaskan bahawa pihaknya akan menyiapkan laporan lengkap berserta bukti yang diserahkan mangsa, termasuk dokumen dan rakaman berkaitan.


Laporan tersebut akan dihantar secara rasmi ke Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada minggu hadapan.

“Ini isu sosial. Jika berlaku pada anak atau adik anda, barulah orang faham peritnya. Kami akan pastikan kes ini diteliti seteliti mungkin.”





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Malaysia Tanpa Rekod: Dua Tentera Asing Ditahan di KLIA

SIA, GENOVASI meterai MoU lahirkan usahawan berilmu melalui pembelajaran dalam talian

Glow & Grow Duo Jadi Taruhan Kinohimitsu Untuk Keyakinan Diri Musim Perayaan