PERTANDINGAN MUT PERUNDANGAN ANGKASA (PMPA 2025)
NILAI, 6 Disember — Pertandingan Mut Perundangan Angkasa 2025 (PMPA 2025) hari ini membuka tirainya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr. Abd Manan Ismail, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang.
Dalam ucapan aluan beliau, Dr. Abd Manan mengalu-alukan kehadiran wakil MOSTI, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), institusi akademik, agensi kerajaan dan peserta dari universiti awam serta swasta seluruh negara.
Beliau merakamkan penghargaan kepada MOSTI melalui Bahagian Penguasa Angkasa dan YIM atas kerjasama strategik penganjuran PMPA 2025 — program nasional pertama yang mengetengahkan bakat baharu dalam bidang undang-undang angkasa.
Menurut beliau, PMPA 2025 menjadi platform penting melatih generasi muda dalam isu-isu kritikal seperti pelancaran roket komersial, peningkatan satelit, keselamatan angkasa, debris dan global space governance. Peserta turut diuji menerusi aplikasi undang-undang Malaysia dan undang-undang angkasa antarabangsa termasuk Liability Convention, State Responsibility dan Freedom of Exploration.
USIM, katanya, komited memperkukuh penyelidikan dan inovasi dalam bidang frontier, dengan keunikan gabungan syariah, sains dan undang-undang sebagai nilai tambah dalam pembangunan tatakelola angkasa yang beretika.
Dr. Abd Manan turut mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur, hakim dan semua pihak yang memastikan PMPA 2025 berlangsung secara profesional. Beliau kemudian mengumumkan pembukaan rasmi Pertandingan Mut Perundangan Angkasa 2025.



Ulasan
Catat Ulasan