Kopi, Ukhuwah dan Iltizam: DPMM Tutup Tirai 2025 Dengan Penuh Makna

 KUALA LUMPUR, 26 Disember 2025 — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menganjurkan program Kopi & Ukhuwah DPMM 2025: Sembang Akhir Tahun sebagai platform pertemuan santai bagi mengeratkan ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan kepimpinan serta ahli organisasi.


Program yang berlangsung di Warung Pagi-Pagi, Federal Hills, itu menghimpunkan Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, serta beberñapa individu penting DPMM.



Majlis diisi dengan bacaan doa, selawat Mahalul Qiyam, ucapan Presiden DPMM dan tausiyah oleh Habib Nael Ben Tahir, sebelum diteruskan dengan santapan malam dan sesi sembang santai. Program berakhir sekitar jam 11 malam dalam suasana penuh ukhuwah dan iltizam menjelang tahun 2026.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Malaysia Tanpa Rekod: Dua Tentera Asing Ditahan di KLIA

SIA, GENOVASI meterai MoU lahirkan usahawan berilmu melalui pembelajaran dalam talian

Glow & Grow Duo Jadi Taruhan Kinohimitsu Untuk Keyakinan Diri Musim Perayaan