Dakwaan Pembabitan Dengan Atomy, Prof Madya Dr. Lukman bin Abdul Mutalib sila beri penjelasan: Firdaus Wong
Dakwaan Pembabitan Dengan Atomy, Prof Madya Dr. Lukman bin Abdul Mutalib sila beri penjelasan: Firdaus Wong
KUALA LUMPUR — Pendakwah bebas, Firdaus Wong menggesa Prof Madya Dr. Lukman bin Abdul Mutalib, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan penglibatannya dengan syarikat pemasaran berbilang tingkat Atomy, yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2022.
Firdaus Wong mendakwa Dr. Lukman bukan sahaja berperanan sebagai penasihat syariah, malah pernah menjadi saksi mempertahankan Atomy dalam prosiding mahkamah, serta tidak bersetuju dengan pandangan hukum kebangsaan yang mengharamkan penglibatan umat Islam dalam promosi syarikat tersebut.
Beliau mencabar Dr. Lukman tampil membuat pengakuan atau penafian secara terbuka, sambil menyatakan kesediaan berdepan tindakan undang-undang sekiranya kenyataannya tidak tepat. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak terlibat.

Ulasan
Catat Ulasan