Kerja dah siap, Duit tak dapat, Sekretariat Ikhlas Malaysia beri masa 7 hari kepada kontraktor dan JAIS




Puchong, 11 Dis — Sekretariat Ikhlas Malaysia hari ini menggesa pihak bertanggungjawab menyelesaikan segera isu tunggakan bayaran terhadap seorang kontraktor, En. Selvam, yang didakwa tidak menerima hampir RM ok800,000 bagi kerja-kerja pembinaan di sebuah masjid di Subang Jaya.

Aktivis NGO, Datuk Ridzuan Ikhlas, menuntut supaya pihak kontraktor utama, pihak pengurusan masjid serta JAIS menyelesaikan isu tersebut dalam tempoh tujuh hari, atau NGO berkenaan akan menggerakkan himpunan di hadapan JAIS atau Pejabat Menteri Agama di Putrajaya.

Menurut beliau, projek masjid tersebut berada di bawah ICU Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2020. Dakwanya, projek yang diberikan kepada syarikat Bumiputera telah disubkontrakkan kepada sebuah syarikat Cina, sebelum sebahagian kerja, termasuk turapan jalan, pembinaan parit dan tempat letak kereta, diserahkan kepada En. Selvam.

Walaupun mahkamah tinggi telah memutuskan kemenangan berpihak kepada En. Selvam, beliau masih belum menerima sebarang bayaran sehingga hari ini. Ridzuan turut mendakwa pihak pengurusan masjid dan JAIS pada awalnya berjanji membantu, namun kemudian “menghilangkan diri” dan gagal bekerjasama.

“Saya sebagai seorang Islam rasa malu. Ini melibatkan masjid, tempat ibadah. Janji tak ditunaikan, kontraktor pula teraniaya,” tegasnya.

Beliau memberi amaran bahawa jika masalah ini tidak diselesaikan dalam tempoh diberikan, NGO akan mendedahkan lebih banyak maklumat dan mengambil tindakan lebih agresif bagi menuntut keadilan kepada kontraktor tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Malaysia Tanpa Rekod: Dua Tentera Asing Ditahan di KLIA

SIA, GENOVASI meterai MoU lahirkan usahawan berilmu melalui pembelajaran dalam talian

Glow & Grow Duo Jadi Taruhan Kinohimitsu Untuk Keyakinan Diri Musim Perayaan