NHmall Worldwide Himpunkan Usahawan Melalui Platform Digital & Komuniti Serantau
Platform ini menyediakan saluran informasi, promosi serta kerjasama strategik secara tersusun dan patuh kepada undang-undang, sekali gus membuka ruang kolaborasi merentasi sektor dan negara dalam kalangan komuniti usahawan.
Sebagai langkah awal, Majlis Pra-Pelancaran Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide bersama NHmall Worldwide dijadualkan berlangsung pada 27 Januari 2026, manakala pelancaran penuh Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide dan NHmall Worldwide dirancang pada Mac atau April 2026.
Sebagai sebahagian daripada ekosistem perniagaan, platform digital NHmall Worldwide akan dilancarkan pada 27 Januari 2026, bertujuan menghimpunkan usahawan secara dalam talian bagi tujuan promosi produk, perkongsian maklumat serta peluasan jaringan perniagaan secara berterusan.
Selain itu, NHmall Worldwide turut menganjurkan aktiviti komuniti keusahawanan termasuk seminar, expo, program latihan serta inisiatif komuniti yang bertujuan memperkukuh kesatuan, kolaborasi dan daya saing usahawan di peringkat serantau.
Inisiatif ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti usahawan yang lebih tersusun, mampan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.


Ulasan
Catat Ulasan