Pencarum Dakwa Permohonan KWSP Ditolak Walau Disahkan Hilang Upaya Kekal

Pencarum Dakwa Permohonan KWSP Ditolak Walau Disahkan Hilang Upaya Kekal

KUALA LUMPUR, 9 April — Aktivis sosial Dr Kalaivanar menyuarakan kebimbangan terhadap satu kes melibatkan seorang pencarum wanita yang didakwa berdepan kesukaran mengeluarkan simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun telah disahkan mengalami hilang upaya kekal.

Menurut beliau, pencarum berkenaan, Muthammal a/p Vadiapan, telah mengemukakan permohonan pengeluaran pada Januari lalu. Namun, permohonan tersebut didakwa ditolak oleh pihak KWSP.



Dr Kalaivanar mempersoalkan keputusan itu memandangkan laporan daripada doktor pakar telah mengesahkan keadaan hilang upaya kekal yang dialami pencarum berkenaan. Katanya, perkara itu menimbulkan tanda tanya terhadap proses penilaian yang digunakan bagi mendapat kelulusan.

Dalam masa sama, laporan perubatan yang sama digunakan untuk membuat tuntutan insurans dengan AIA, di mana tuntutan tersebut telah lulus dan di bayara pada 12 Februari 2026 di bawah kategori hilang upaya kekal.


Sehubungan itu, pihak SBKN mendakwa wujud percanggahan dalam penilaian apabila tuntutan insurans diluluskan, namun permohonan pengeluaran KWSP pula ditolak.

Tambah beliau, situasi tersebut bukan sahaja membebankan pencarum, malah memburukkan lagi keadaan harian yang dihadapi akibat ketidakupayaan kekal.


Justeru, beliau merayu agar pihak pengurusan tertinggi KWSP serta agensi berkaitan dapat meneliti semula semua dokumen yang dikemukakan bagi memastikan pencarum mendapat keadilan serta akses segera kepada simpanan persaraannya.

SBKN turut menegaskan bahawa hak pencarum yang telah disahkan hilang upaya kekal tidak seharusnya dipersulitkan, lebih-lebih lagi apabila simpanan tersebut amat diperlukan untuk meneruskan kehidupan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Malaysia Tanpa Rekod: Dua Tentera Asing Ditahan di KLIA

SIA, GENOVASI meterai MoU lahirkan usahawan berilmu melalui pembelajaran dalam talian

Glow & Grow Duo Jadi Taruhan Kinohimitsu Untuk Keyakinan Diri Musim Perayaan